Saturday, 14 May 2011

TECKT()NIK_

Apa itu Tecktonik?

Idea bagi pencetusan tarian ini ditimbulkan oleh Alexandre Barouzdin bersama rakannya Cyril Blanc,seorang penari balet.Tarian yang berasal daripada Paris,Perancis ini dikatakan tarian baru yang pertama dibawa keluar daripada Perancis selepas tarian Can-can(aku pun tak tahu apa itu Can-can)..

Bermula dari pinggiran selatan Paris pada sekitar tahun 2000an,tarian Tectonik mula berkembang dengan pantas hasil percakapan mulut ke mulut disamping publisiti yang diberikan oleh komuniti tectonik hasil pameran aksi tarian mereka di laman web perkongsian video Youtube dan DailyMotion.Irama muzik tecno yang sangat catche dan unik juga menjadi salah satu faktor mengapa tarian ini diminati.Dengan menjadikan kelab Malam Metropolis di Paris sebagai markas penari Tectonik menunjukkan bakat menjadikan banyak remaja mula tertarik dengan tarian yang agak pelik ini.Malah,dengan kewujudan satu malam di kelab tersebut yang digelar Tectonik Killer,semua penari Tecktonik dari seluruh Paris berkumpul di sana untuk menari sehingga jumlah penari di kelab tersebut mencecah 8000 orang pada satu masa.
Tecktonik merupakan satu jenis tarian yang mementingkan kodifikasi set bergerak dengan mempamerkan kobelarasi gerakan tangan yang bertenaga melebihi gerakan kaki.Boleh dikatakan 80% adalah gerakan tangan manakala selebihnya ialah gerakan kaki.Tarian yang mula mendapat perhatian dan publisiti di internet pada lewat tahun 2007 ini merupakan sebuah tarian yang dihasilkan hasil gabungan unsur-unsur Breakdance,Hip Hop dan Tecno selain boleh juga diklasifikasikan sebagai tarian jalanan sebaris dengan tarian breakdance dan Melbourne shuffle yang turut diminati oleh ramai remaja di luar sana.

No comments:

Post a Comment

Followers

amacam blog aku ?